Coca-Cola Malaysia sumbang RM250,000, persediaan bantuan bencana alam - Utusan Malaysia

Coca-Cola Malaysia sumbang RM250,000, persediaan bantuan bencana alam

KHAIRUL Anwar Ab. Gahani (dua dari kanan) bersalaman dengan Kamaruddin Kassim pada majlis penyampaian sumbangan Coca-Cola untuk persediaan bantuan menghadapi bencana alam kepada Yayasan Ikhlas di Bandar Enstek, Nilai, Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengeluar minuman terkemuka, Coca-Cola hari ini memberi sumbangan bernilai lebih RM250,000 sebagai persediaan menghadapi bencana alam terutamanya banjir di negara ini.

Sumbangan tersebut diberikan kepada Yayasan Ikhlas yang aktif dalam gerak kerja membantu masyarakat semasa bencana alam.

Ia telah disampaikan oleh Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kelestarian, Kumpulan Pelaburan Pembotolan Coca-Cola untuk Malaysia, Singapura dan Brunei, Khairul Anwar Ab. Gahani kepada Pengarah Perhubungan Korporat Yayasan Ikhlas, Ir. Kamaruddin Kassim pada majlis di kilang pembotolan Coca-Cola dekat Bandar Enstek di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim.

Khairul Anwar berkata, Coca-Cola berharap sumbangan yang disampaikan itu akan membantu Yayasan Ikhlas yang berganding bahu dengan APM membuat persiapan awal bagi menghadapi bencana alam seperti banjir.

Menurutnya, sebanyak RM250,000 adalah dalam bentuk wang tunai dan 120,000 botol air minuman. 

 “Melalui perkongsian kami dengan Yayasan Ikhlas, Coca-Cola berharap dapat memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat bencana alam dan berusaha ke arah membina daya tahan ketika bencana alam,” katanya.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, ini adalah tahun kedua yayasan itu menjalin kerjasama dengan Coca-Cola dalam usaha bantuan kepada mangsa bencana alam.

Katanya, sebahagian daripada sumbangan wang tunai itu akan digunakan untuk menyediakan dapur berpusat di kawasan yang dilanda bencana alam seperti banjir.

“Dapur berpusat ini penting kerana lazimnya mangsa banjir menghabiskan banyak masa membersih rumah yang ditenggelami air selain peralatan memasak yang telah rosak.

“Kami akan menyediakan makanan menggunakan kemudahan dapur berpusat dan mengagihkannya kepada mangsa banjir terutamanya kanak-kanak,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya