Biarlah usia tua kami dalam gembira - Sabri Yunus dan Angelina

Biarlah usia tua kami dalam gembira, kata Sabri Yunus dan Angeline mengenai zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sabri Yunus menjelaskan dia dan isteri, Angeline Tan tidak menaruh hasrat untuk memiliki zuriat pada usia lanjut.

Katanya, ketika di usia sekarang, mereka hanya mahukan hidup tenang dan selesa tanpa perlu lagi terbeban dengan membesarkan anak.

“Kami sudah berusia, saya 62 tahun manakala isteri 56. Tidak wajar lagi untuk kami menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

“Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu.

“Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” katanya.

Sabri dan Angeline bernikah pada 14 Oktober lepas di Perlis. Pasangan itu bergelar suami isteri selepas tiga tahun menaruh perasaan antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Angeline yang bersetuju dengan pandangan Sabri memaklumkan tidak ada keperluan untuk memiliki zuriat pada usia lanjut.

“Lagipun kami masing-masing sudah memiliki anak. Tapi saya tak bezakan, anak Sabri ibarat anak kandung saya sendiri.

“Kami berkahwin untuk berteman, pergi ke mana-mana ada sesama kami untuk menjaga satu salam lain. Itu lebih manis,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya