Berisiko di senarai hitam oleh JPJ jika beri pinjam, sewa kenderaan pada warga asing

Berisiko di senarai hitam oleh JPJ jika beri pinjam, sewa kenderaan pada warga asing

MOHD. Misuari Abdullah (tiga kanan) bersama sebahagian penerima Lesen P Mylesen (B2) Percuma di Akademi Memandu KIST (AMKIST), Telong, Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Rakyat tempatan berisiko disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya memberi pinjam, sewa atau membenarkan nama mereka digunakan oleh warga asing untuk membeli kenderaan di negara ini.

Pengarah JPJ negeri Mohd. Misuari Abdullah berkata, tindakan itu bercanggah dengan undang-undang negara selain boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu tersebut.

Menurutnya, tindakan itu bukan bertujuan menghukum sebaliknya mendidik masyarakat supaya patuh kepada peraturan sedia ada.

“Kalau warga asing…mereka kena ada pengesahan daripada kedutaan masing-masing. Untuk makluman, setakat ini kita (JPJ Kelantan) mengesan kebanyakkan rakyat tempatan memberi sewa atau pinjam dan menggunakan nama mereka untuk kenderaan seperti motosikal, lori, pikap dan kereta.

“Etnik Rohingya antara warga asing yang paling ramai dikesan melanggar peraturan. Apa yang pihak kami terkilan, geran atas nama rakyat tempatan…bila berlaku pelanggaran peraturan jalan raya, tindakan akan dirujuk kepada pemilik tempatan dan mereka berisiko disenarai hitam mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada pemberita  pada penyerahan Lesen P Mylesen (B2) Percuma kepada 210 calon di Akademi Memandu KIST (AMKIST), Telong, Bachok di sini, hari ini. 

Mohd. Misuari memberitahu, sejak Januari lalu hingga kini sebanyak 196 kenderaan dipandu warga asing telah disita oleh JPJ tidak dituntut oleh pemiliknya iaitu rakyat tempatan.

Katanya, penguatkuasaan membabitkan warga asing memperlihatkan tanggungjawab JPJ bukan sahaja menumpukan undang-undang kepada masyarakat tetapi juga semua pihak.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya