Beriani, zapin mahu diangkat sebagai warisan UNESCO - Utusan Malaysia

Beriani, zapin mahu diangkat sebagai warisan UNESCO

PANDAK AHMAD (tengah) bersama Sharil Nizam Abdul Rahim (kanan) dan Mohamed Perang menunjukkan isyarat bagus sempena Majlis Pelancaran Beriani Johor sebagai Makanan Warisan Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sajian Beriani Johor dan tarian zapin akan dicalonkan sebagai warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ) Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, pihaknya yakin sajian Beriani Johor dan tarian zapin mampu untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh UNESCO.

“Syarat dan kriteria UNESCO untuk mewartakan kategori Warisan Tidak Ketara sangat ketat. Selain perlu melalui pelbagai proses dan peringkat termasuk membuat pembentangan, kita juga perlu mendapat bantuan pakar dan sebagainya.

“Proses ke arah mewartakannya juga akan ambil masa beberapa tahun, mungkin empat hingga lima tahun,” katanya selepas Majlis Pelancaran Beriani Johor sebagai Makanan Warisan Johor dan Seminar Sajian Warisan 2023 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, YWJ, di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad yang turut hadir, Pengarah Muzium Diraja Abu Bakar, Kolonel Bersara Datuk Mohamed Perang Musa.

Sharil Nizam berkata, sajian Beriani Johor dan tarian zapin mempunyai keunikan tersendiri menyebabkan pihaknya komited menjayakan usaha tersebut.

“Beriani Johor ada dua jenis, iaitu beriani biasa dan beriani gam. Selain itu, sajian itu turut dihidangkan dengan telur pindang dan garam lada sedangkan di negara atau negeri lain tidak ada lauk tambahan tersebut, ini yang membezakan beriani kita.

“Sementara itu, tarian zapin pula dipersembahkan di setiap daerah meliputi pelbagai majlis dan merupakan keunikan Johor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya