'Beri masa laksana sekolah model khas segmen B40, miskin tegar' - Fadhlina - Utusan Malaysia

‘Beri masa laksana sekolah model khas segmen B40, miskin tegar’ – Fadhlina

FADHLINA Sidek (tengah) mendengar pertanyaan dari pelajar ketika hadir pada sesi libat urus hala tuju sekolah di kawasan Tanah Rancangan Felda di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chemomoi, Pelangai di Bentong, Pahang. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kementerian Pendidikan meminta diberikan masa bagi melaksanakan sekolah model khas di negara ini yang membabitkan segmen B40 dan golongan miskin tegar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sekolah sedemikian sudah ada cuma perlu di tambah baik supaya selaras dengan hasrat pelaksanaan model khas tersebut.

Beliau berkata, sekolah model khas segmen B40 dan miskin tegar itu sebagai tambahan kepada Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) dan 11 (K11) yang sudah pun dilaksanakan sebelum ini.

“Insya-Allah setakat ini apa yang kita lakukan di Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan tiada anak-anak dipinggirkan.

“Kita akan sedaya upaya pastikan semua yang apa kita hasratkan ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan pelajar.

“Semasa awal pelaksanaan Bajet yang lalu, kita sudah menyerahkan bantuan awal persekolahan tanpa mengira sosioekonomi keluarga, kota mulakan dengan itu. Kemudian kita ikuti dengan siri bagi memastikan akses pembelajaran anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Hala Tuju Sekolah Di Kawasan Tanah Rancangan Felda di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chemomoi di sini hari ini.

Program K9 adalah untuk memastikan anak-anak tidak tercicir daripada Darjah Satu hingga Tingkatan Tiga, manakala K11 akan memastikan anak-anak akan terus berada di sekolah daripada Darjah Satu hingga Tingkatan Lima.

Fadhlina berkata, beliau cukup insaf melalui perjalanan ke negeri ini, melihat demografi dan segmen masyarakat yang perlu kementerian itu santuni serta memberikan keutamaan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.

“Insya-Allah berikan kami sedikit masa dan kami akan berikan perhatian sewajarnya termasuk tentang sekolah model khas (segmen B40 san miskin tegar),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya