Belanjawan 2024: RM400 juta baik pulih tentera - Utusan Malaysia

Belanjawan 2024: RM400 juta baik pulih tentera

Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM400 juta untuk baik pulih Rumah Keluarga Angkatan Tentera. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan dana RM400 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, peruntukan tersebut turut juga untuk menaik taraf sistem pembentungan Kem Tentera Darat secara berfasa.

“Kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif PROTEGE-RTW yang merupakan penempatan latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat penerima kontrak kerajaan dan meluaskan skop kepada golongan veteran ATM di bawah kontrak yang dimeterai oleh Kementerian Pertahanan.

“Bagi melindungi kebajikan dan pembangunan sosioekonomi anggota veteran, setiap program kerajaan akan mempunyai kuota khusus untuk veteran seperti program keusahawanan, latihan, pekerjaan dan kemudahan pembiayaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya