Belanjawan 2024: DUN Kelantan bersidang pertengahan November ini

Belanjawan 2024: DUN Kelantan bersidang pertengahan November ini

MOHD. Amar Nik Abdullah-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan bersidang pada hujung November ini untuk membentangkan Belanjawan Negeri bagi tahun 2024.

Speaker Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, tarikh sebenar mengenai perkara itu akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri.

“Cadangannya hujung November dan sidang ini dinamakan sebagai Sidang Belanjawan. 

“Semasa sidang itu nanti…ada satu atau dua rang undang-undang bakal dibentangkan nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Panchor, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor memberitahu, mengikut amalan biasa sidang pertama selepas pilihan raya dimulakan dengan perasmian oleh Tuanku Sultan Kelantan.

Katanya, mengambil kira faktor cuaca mesyuarat memutuskan perasmian dibuat pada Mac tahun hadapan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, Pas terus diberi mandat untuk mentadbir Kelantan selepas menang 43 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Kemenangan itu menyaksikan Pas yang mengetuai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang dua pertiga sekali gus membentuk sebuah pentadbiran kukuh di Kelantan.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) menang di DUN Kota Lama manakala Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di Galas.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya