Bekalan syabu RM1.4 juta `diterbangkan' dari Kuala Lumpur ke Kuching - Utusan Malaysia

Bekalan syabu RM1.4 juta `diterbangkan’ dari Kuala Lumpur ke Kuching

Polis menunjukkan syabu yang dirampas pada sidang media di IPK Sarawak di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Polis menahan lima individu termasuk seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun selepas merampas  syabu seberat 42.2 kilogram (kg) yang bernilai RM1.4 juta di sebuah hotel di bandar raya ini Khamis lalu.

Bekalan dadah tersebut didakwa dibawa dari  Kuala Lumpur menaiki  kapal terbang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, kelima-lima yang berusia  17 hingga 22 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.

Menurut beliau, mereka yang berasal dari Kuching itu ditahan dalam serbuan di sekitar sini dan Bintawa.

“Dadah ini dibawa masuk dari Kuala Lumpur oleh dua suspek yang bertindak sebagai kurier menerusi penerbangan. Dadah ini adalah untuk pasaran di Kuching, Miri dan Bintulu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.

Kata beliau, seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta satu rekod di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mohd. Azman berkata, kesemua mereka direman hingga 20 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, rampasan berkenaan merupakan tangkapan terbesar bagi siri keempat Ops Tapis Khas yang berlangsung 10 hingga 12 Okt lepas.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya