Bantuan e-wallet RM100 disalurkan Disember ini - Steven Sim - Utusan Malaysia

Bantuan e-wallet RM100 disalurkan Disember ini – Steven Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bantuan e-wallet RM100 dijanjikan kerajaan kepada penerima yang layak akn dikreditkan pada Disember ini.

Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong meminta rakyat bersabar dan kerajaan akan menunaikan janji tersebut.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini).

“Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Inisiatif  trsebut bukan sahaja terhad kepada isi rumah penerima sahaja tetapi juga kepada pasaran tempatan terutamanya kepada peniaga kecil dan penjaja.

Pada 27 Julalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bantuan e-wallet RM100 akan dikreditkan kepada individu  berumur 21 tahun dan ke atas.

Bantuan e-wallet RM100 merupakan inisiatif terbaharu yang diumumkan kerajaan bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya