Bangunan dibina PasRelief rosak dibom rejim Israel - Utusan Malaysia

Bangunan dibina PasRelief rosak dibom rejim Israel

Bangunan dibina PasRelief hasil sumbangan rakyat Malaysia rosak dibom rejim Israel. Foto PASRelief
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bangunan Kementerian Buruh di Gaza yang baru siap dibina PasRelief hasil sumbangan rakyat Malaysia rosak dibom rejim Israel. 

Pengarah PasRelief, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, bangunan itu mula dibangunkan pada 15 Januari awal tahun ini untuk membantu penduduk Palestin mencari kerja tidak sempat beroperasi.

Menurut beliau, bangunan tersebut baharu  disiapkan pada bulan Ogos lalu dengan,kos RM1.1 juta.

“Pagi ini (semalam), PasRelief menerima khabar dari Palestin bahawa bangunan Kementerian Buruh yang baru siap dan tidak sempat digunakan lagi turut terkesan oleh serangan manakala bangunan Kementerian Buruh yang lama di sebelahnya telah menyembah bumi. 

“Bangunan baru yang bakal dijadikan tempat rakyat Palestin mencari rezeki kini sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Justeru, Mohd. Yusni berkata, PasRelief bertekad untuk terus kembali mengumpulkan dana bagi membaik pulih semula bangunan Kementerian Buruh tersebut dengan bangunan yang lebih baik. 

“PasRelief ingin mengajak dan menyeru kepada semua untuk turut bersama merebut ruang dan peluang menyumbang dalam menambah baik pulih bangunan tersebut. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank, Tabung Kemanusiaan PasRelief : 5640 7061 4481 atau melalui : https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief

Segala maklumat lanjut boleh hubungi hotline PasRelief di talian 017-500 1144,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya