Asrama SMKC Lipis bernilai RM7.7 juta ada ciri keselamatan banjir - Utusan Malaysia

Asrama SMKC Lipis bernilai RM7.7 juta ada ciri keselamatan banjir

ABDUL RAHMAN Mohamad (dua dari kiri) bersama Pengarah JKR Pahang, Datuk Ir. Ts. Hafizah Zakaria (tiga dari kanan) ketika melawat asrama baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford (SMKC) di sini bakal mendiami asrama baharu yang diselenggarakan pembinaannya di bawah peruntukan Kementerian Kerja Raya bernilai RM7.7 juta tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman berkata, projek asrama itu yang mula dibina pada 5 November 2020 dan siap pada 1 September lalu akan menempatkan seramai 100 pelajar lelaki mulai sesi persekolahan minggu ini.

“Bangunan baharu SMKC merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan di Pahang bagi menggantikan asrama lama sekali gus dapat menempatkan ramai pelajar luar bandar dengan lebih selesa dan berdekatan dengan dewan makan, kelas dan padang permainan.

“Premis empat tingkat ini dibina bertiang tinggi berdekatan Sungai Jelai mempunyai ciri keselamatan untuk pelajar ketika berlaku banjir naik mendadak pada penghujung tahun,” katanya selepas merasmikan Bangunan Gantian 1 Blok Asrama SMK Clifford di sini hari ini.

Sempena majlis itu, Abdul Rahman menyempurnakan gimik penyerahan replika kunci asrama kepada Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Pahang, Ahmad Zamri Md. Isa.

Menurut Abdul Rahman, projek diselenggarakan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang itu dibina oleh empat kontraktor, iaitu Kostegap Construction Sdn. Bhd., Syarikat Letrik Gemini, Mekanikal Perima Enterprise dan MYZ Construction & Enterprise yang bertungkus lumus memastikan projek tersebut sempurna dan boleh didiami oleh pelajar tahun ini.

“Projek ini mengambil masa tiga tahun berikutan negara masih dalam kawalan pemulihan ancaman pandemik Covid-19 dan berdepan kenaikan harga bahan binaan menyebabkan berlaku sedikit kelewatan.

“Kita bersyukur projek ini siap sepenuhnya pada September lalu dengan kemudahan lengkap seperti pejabat dan bilik warden, bilik asrama, bilik rehat, bilik rawatan, enam buah wakaf, loji kumbahan, rumah pam dan ampaian,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis menjelaskan Kementerian Kerja Raya (KKR) menyediakan RM2.8 bilion untuk menyelenggara jalan raya dan jambatan antara sebahagian daripada Belanjawan 2024 berjumlah RM9.511 bilion yang diumumkan baru-baru ini.

“Dari jumlah itu, RM300 juta dikhususkan kepada kontraktor kecil Bumiputera G1 hingga G4 yang layak dan berdaftar dengan CIDB melalui Kerja Undi dan Arahan serta memperkasakan Khidmat seramai 115 Jurutera Daerah, JKR dengan meningkat peruntukan RM200,000 berbanding RM100,000 sebelum ini melibatkan peruntukan RM30 juta,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya