Jangan jual rumah Ru’RASA - Agong

Jangan jual rumah Ru’RASA – Agong

AL-SULTAN ABDULLAH Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meninjau rumah 'RuRASA' yang dikurniakan oleh baginda kepada Nor Rafeah Mustafa, 41, di Kampung Pahang Tua di Pekan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Penerima Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) diingatkan supaya tidak menjual rumah itu kepada orang lain.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda turut mengingatkan kepada penerima agar menjaga rumah yang diterima mereka dengan sebaik mungkin.

“Saya tidak suka mendengar mana-mana penerima hendak menjual rumah di masa akan datang.

“Kalau tidak ada waris, sila hubungi pihak majlis daerah atau Pejabat Sultan untuk maklumkan status. Penghulu dan ketua kampung juga harus bertanggungjawab,” titah baginda di sini hari ini.

Seri Paduka berkenan mengurniakan kunci rumah Ru’RASA yang dibina dengan kerjasama kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada 16 penerima di daerah ini dalam Majlis Penyerahan Replika Kunci Rumah di Kampung Pahang Tua di sini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda bagi pihak rakyat dan kerajaan mengucapkan terima kasih UAE kerana bekerjasama dalam merealisasikan Ru’RASA.

“Semoga ia dapat diteruskan dan ditambahkan lagi. Insya-Allah saya akan usahakan lagi,” titah baginda.

Sementara itu, seorang penerima Ru’RASA, Nor Rafeah Mustafa, 41, bersyukur apabila penantian selama lima tahun untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai.

Kata ibu tunggal dua anak berusia 10 dan 15 tahun itu, lebih terharu apabila rumah berkenaan dikurniakan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah.

“Sebelum ini saya tinggal di rumah ibu bapa saya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah Ru’RASA ini.

“Saya mohon lima tahun lalu melalui e-Kasih selain turut menghantar borang. Ibu pula mengizinkan rumah di bina di atas tanahnya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Seri Paduka Baginda kerana mengurniakan rumah ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya