Agong berkenan masyhur nama SK, SMK Sultan Ahmad - Utusan Malaysia

Agong berkenan masyhur nama SK, SMK Sultan Ahmad

AL-SULTAN ABDULLAH Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengimbau kenangan bersama rakan-rakan sekelas ketika baginda bersekolah di SMK Ahmad yang dimasyurkan kepada SMK Sultan Ahmad, Pekan di Pekan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memasyhurkan Sekolah Kebangsaan (SK) Ahmad dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ahmad kepada SK Sultan Ahmad dan SMK Sultan Ahmad hari ini.

Seri Paduka bertitah, dengan pemasyhuran itu, baginda berharap ia dapat meningkatkan lagi prestasi kedua-dua sekolah terbabit.

“Guru besar dan guru harus meningkatkan prestasi sekolah kerana di sinilah kita akan melahirkan bakal pemimpin akan datang.

“Semoga dengan pemasyhuran kepada SMK dan SK Sultan Ahmad ini akan membawa keberkatan, prestasi yang baik dan menyerlah,” titah baginda pada Masjlis Pemayshuran SK dan SMK Sultan Ahmad di SMK Sultan Ahmad di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah, pemasyhuran nama baharu itu juga adalah sebagai penghargaan kepada Sultan Pahang pertama era moden, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Ali.

“Anak-anak sekolah sekarang cepat lupa sejarah sebab banyak sangat bahan dalam digital. Sekolah ini dibuka pada 1926, merupakan sebuah sekolah zaman almarhum sultan ahmad yang pertama,” titah baginda.

Baginda dalam masa sama turut berkongsi kenangan manis sewaktu belajar di SK Ahmad pada 1965 bersama-sama rakan-rakan sekelas Seri Paduka.

“Saya percaya SK Sultan Ahmad dan SMK Sultan Ahmad akan melahirkan lebih ramai pemimpin teknokrat atau pemimpin politik tetapi janganlah sekali-kali lupa asal usul di SK Sultan Ahmad ini yang kita semua berada di sini,” titah baginda.

Bersempena majlis berkenaan Al-Sultan Abdullah turut berkenan mencemar duli meninjau sekitar kawasan sekolah dan melawat kelas lama baginda di sekolah berkenaan.

Kunjungan baginda diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya