2,400 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda daftar di USIM - Utusan Malaysia

2,400 pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda daftar di USIM

SEBAHAGIAN pelajar baharu pengambilan Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 USIM mendaftar bagi menjalani program taaruf (perkenalan) di Dewan Tuanku Canselor USIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 2,400 orang pelajar baharu bagi pengambilan Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendaftar secara fizikal bermula 3 Oktober lalu sehingga 7 Oktober. 

Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Datuk Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, daripada jumlah itu, 1,557 orang terdiri daripada pelajar wanita dan 843 orang pelajar lelaki.

“Seramai 2,400 pelajar mendaftar secara fizikal dan proses berjalan lancar. Kesemua pelajar mula melengkapkan pendaftaran universiti secara dalam talian bermula 25 September lalu diikuti pendaftaran kolej kediaman mulai 3 hingga 4 Oktober.

“Mereka akan menjalani program taaruf di USIM bermula 5 hingga 7 Oktober ini bertempat di Dewan Tuanku Canselor”, katanya.

Sharifudin menjelaskan, pada kali ini, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) menerima pelajar paling ramai iaitu melibatkan 408 orang pelajar.

Ia diikuti Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) melibatkan seramai 400 orang pelajar baharu. 

“Saya ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar  baharu ke USIM, semoga pengalaman yang akan diperoleh dan ditempuh selama empat tahun akan membantu mereka bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan tetapi membina sahsiah, jati diri dan intelektual yang akan menjadi harapan bangsa dan negara,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN