21 penagih dadah ditahan di Pontian - Utusan Malaysia

21 penagih dadah ditahan di Pontian

ANTARA penagih yang ditahan dalam operasi penyalahgunaan dadah di sekitar daerah Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penganggur dan pekerja kampung antara 21 individu yang ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammed Shofee Tayib berkata, serbuan dilakukan ke atas 12 lokasi yang dikenali sebagai ‘port’ penagih dadah serta kediaman mereka, iaitu di kawasan Api-Api, Ayer Baloi, Benut, Bandar Pontian, Telok Kerang, Kukup dan Pekan Nanas.

“Mereka yang ditahan termasuk golongan remaja berusia 19 dan yang paling tua berusia 55  tahun merupakan penduduk tempatan serta yang pernah menjalani pemulihan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohammed Shofee berkata, mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983.

Operasi  yang bermula pada awal pagi  itu melibatkan seorang pegawai dan enam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dan dua pegawai serta10 kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pontian.

Anggota penguat kuasa turut menemukan dadah jenis heroin seberat 0.69 gram yang dirampas daripada penagih tersebut.

Dua suspek yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan dua lagi suspek mempunyai kesalahan di bawah Seksyen 12 ( 2 ) ADB 1952, manakala seramai 17 lagi melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 ( 1 ) Akta Penagih Dadah 1983 (pindaan 1998).

Kesemua suspek dibawa ke IPD Pontian untuk siasatan lanjut dan menjalani ujian air kencing.

Mohammed Shofee meminta masyarakat membantu pihaknya dalam mencegah penagihan dadah di kawasan masing-masing dengan menyalurkan maklumat menerusi Facebook Messenger Polis Daerah Pontian atau aplikasi WhatsApp 011-27987474. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya