160 sekolah agama laksana JPID Albayen, diperluas secara berperingkat - Utusan Malaysia

160 sekolah agama laksana JPID Albayen, diperluas secara berperingkat

MOHD. FARED MOHD. KHALID menyampaikan hadiah kepada Masfirah Hilman yang dinobatkan sebagai Johan Qariah Perujian Membaca Berzanji Ke-24 Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sebanyak 160 sekolah agama kini melaksanakan sistem pendigitalan yang dikenali sebagai Johor Pendidikan Islam Digital (JPID) Albayen. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, menerusi program berkenaan yang memasuki tahun kedua pelaksanaannya telah menerima kemudahan WiFi dan dibekalkan dengan Smart TV untuk sesi pembelajaran.

“Dijangkakan kesemua 585 sekolah agama di negeri ini akan menikmati kemudahan berkenaan dalam tempoh empat tahun yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

“Bagi sekolah yang belum mempunyai kemudahan tersebut, mereka tetap akan belajar secara digital dengan menggunakan tablet dan komputer yang disediakan di sekolah masing-masing,” katanya semasa menutup Majlis Perujian Membaca Berzanji Ke-24 Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, malam tadi.

Menurut Mohd Fared, sistem JPID Albayen akan memudahkan sesi pembelajaran dengan murid dan ibu bapa turut dapat mengaksesnya di rumah, termasuk latihan serta keputusan peperiksaan dan kehadiran.

“Saya akui sistem pendigitalan ini masih belum diketahui umum, tetapi sesiapa yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah agama di negeri ini pastinya telah mengetahuinya walaupun  masih belum menyeluruh. 

“Selain menerima setiap cadangan bagi tujuan menambah baik sistem ini, kita turut mengalu-alukan sumbangan semua pihak kepada Tabung Pendidikan Agama Islam Negeri Johor bagi maksud kita melengkapkan kemudahan digital di semua sekolah,” katanya.

Pada majlis perujian membaca berzanji itu, Daerah Johor Bahru dipilih sebagai johan selepas qari dan qariahnya berjaya mengalahkan pesaing dalam kategori masing-masing. 

Kategori Qari diungguli Mohd. Asyraf Hairam Tuan Rosli yang menewaskan 10 pencabar, manakala Masfirah Hilman berjaya mengalahkan sembilan wakil daerah lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya