YGMB sasar 10,000 guru jadi ahli setiap tahun - Utusan Malaysia

YGMB sasar 10,000 guru jadi ahli setiap tahun

WAN Munadi Wan Mamat (baris depan, tiga dari kanan) bersama Aminuddin (baris depan, tengah) bergambar bersama penerima Manfaat Ahli YGMB di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan seramai 10,000 orang guru menjadi ahlinya dalam setahun sebagai usaha memperkasa kebajikan dan perlindungan golongan pendidik itu di seluruh negara menerusi pelbagai kategori manfaat skim keahlian.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, ketika ini hanya seramai 5,000 hingga 6,000 guru menjadi ahli yayasan tersebut setiap tahun.

“Kami menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu kepada seramai 10,000 orang guru setahun

“Oleh itu, kami akan melaksanakan pelbagai program kerjasama strategik bagi meningkatkan profesionalisme dan kesedaran guru-guru tentang manfaat menyertai YGMB,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Manfaat Ahli YGMB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi YGMB, Aminuddin Adam.

Sehingga hari ini jelasnya, terdapat 100,000 keahlian guru yang menyertai YGMB di seluruh negara.

Sementara itu, Wan Munadi berkata, manfaat yang diterima ahli YGMB melibatkan lebih daripada 25 kategori termasuk khairat kematian, bencana, elaun hospital, hadiah kelahiran anak dan hadiah persaraan.

“Pada hari ini, kami telah menyampaiksan sumbangan manfaat kebajikan keahlian YGMB sebanyak RM100,000 melibatkan perubatan akibat kemalangan, penyakit kritikal dan sumbangan khairat kematian,” katanya.

Jelas beliau lagi, pelbagai cabaran guru yang dihadapi ketika ini memperlihatkan mereka memang memerlukan perlindungan kebajikan.

“Jika disebut tentang cabaran dihadapi guru dibandingkan dahulu dan sekarang tidak sama. Sebelum ini, kita jarang mendengar guru disaman dan pelbagai tindakan undang-undang. Mereka (guru) perlu diberi pembelaan sewajarnya dan inilah masa kita perlu membantu guru.

“YGMB juga turut mencari jalan penambahbaikan berkaitan manfaat ahli yang menyertai yayasan ini. Saya juga mengharapkan pandangan pelbagai lapisan guru bagi mencari kaedah menambah baik keperluan dan kelebihan apabila mereka menjadi ahli,” katanya. 

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Md. Said Md. Daimon berkata, manfaat yang diberikan oleh YGMB kepada ahli amat baik kerana  guru kini yang terdedah pelbagai cabaran. 

“Saya sudah menjadi ahli sudah lama dan menganggap caruman sebanyak RM35 sebulan itu berbaloi dengan kelebihan manfaat yang diberikan. Ketika ini seramai 5,000 orang guru di Johor telah menjadi ahli YGMB,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya