Yayasan Kor Risik fokus bantu anggota, veteran  - Utusan Malaysia

Yayasan Kor Risik fokus bantu anggota, veteran 

HAMZAH (paling kiri) bersama Muhammad Ikmal Opat (dua dari kiri) bergambar dalam satu majlis di ibu negara baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Kor Risik Diraja Malaysia (YKRDM) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta sehingga akhir tahun ini untuk disalurkan kepada veteran dan warganya yang masih berkhidmat.

Pengasas YKRDM, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, dana tersebut disasarkan bagi membantu dan memberikan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan yang serius termasuk mereka yang terjejas akibat kejadian bencana alam.

“Selain itu, kutipan tersebut dibuat bagi meningkatkan bidang pendidikan, kemahiran dan sosioekonomi.

“Saya berharap ia akan digunakan sebaik mungkin pihak Lembaga Pengarah dalam menentukan amanah yang digariskan terlaksana,” kata beliau dalam kenyataan di sini semalam. 

Dalam pada itu, Presiden Kelab Veteran Kor Risik Diraja Malaysia (KVRM), Mejar Jeneral (B) Datuk Hamzah Mohd. berharap kutipan dana tahun ini akan meningkatkan bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang bakal dilancarkan untuk mendapatkan kutipan termasuk daripada orang awam.

“Aktiviti pertama yang bakal dijalankan adalah lebih kepada aktiviti kebajikan susulan ramai anggota-anggota yang terlantar, hidup dalam daif serta berada di bawah paras kemiskinan.

“Jadi, kita akan bantu mereka serba sedikit dalam mengurangkan bebas yang ditanggung,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pemegang Amanah YKRDM, Datuk Kamarudin Mohamed berkata, kutipan dana bakal ditingkatkan menerusi aktiviti-aktiviti sosial yang telah dirancang dari semasa ke semasa.

“Kita bakal jalankan program iaitu golf amal yang mana akan dilaksanakan pada akhir Oktober serta sukan berbasikal atau ‘Fun Ride’ pada bulan November akan datang.

“Ini adalah punca dan sumber kita untuk banyakkan lagi dana dan pada masa sama, sesiapa yang membantu (penderma) ada hak untuk mendapat pelepasan cukai dan kita telah memohon perkara ini dari Lembaga Hasil Dalam Negeri,” jelasnya.-UTUSAN  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya