Undi pemimpin berdasarkan isyarah dan istikharah-Mufti Kelantan

Undi pemimpin berdasarkan isyarah dan istikharah-Mufti Kelantan

MOHAMAD Shukri Mohamad semasa sidang media selepas menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan pengundi khususnya umat Islam supaya membuat pertimbangan sewajarnya dalam pemilihan wakil rakyat berpandukan kepada isyarah dan istikharah.

Beliau berkata, Isyarah dalam Islam adalah menyiasat apa-apa keputusan dan mendapatkan data-datanya manakala istikharah adalah solat sunat yang dilakukan bila bila kita hendak membuat pemilihan.

“Nasihat saya kepada pengundi dalam membuat pemilihan wakil (rakyat) perlu ada pertimbangan iaitu dari segi syarak kita kena ada isyarah dan istikharah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mohamad Shukri memberitahu, pemilihan wakil rakyat ini melibatkan urusan keduniaan sehingga akhirat.

“Dalam pemilihan wakil-wakil kita (wakil rakyat) ia melibatkan urusan keduniaan dan sampai ke akhirat.

“Jadi perlu untuk kita membuat istikharah serta mencari data-data dalam membuat apa-apa keputusan tidak kira samaada untuk pilih isteri, suami atau apa sahaja,”katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri turut menegaskan pihaknya tidak pernah mencampuri urusan fatwa atau haram dalam urusan berkaitan pemilihan pemimpin.

“Saya tidak pernah campur dalam urusan fatwa atau haram (memilih pemimpin), cuma saya menasihati setiap masyarakat supaya menghormati autoriti,”katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan menggesa pengundi di Parlimen itu supaya tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat.

“Jangan bagi satu undi (kepada Suhaizan). Saya bagi hukum haram. Ada esok, cabar saya ikut fatwa mana…tak boleh kerana situasi yang sudah berlaku sekarang…sembilan bulan sudah berlalu…ujian.

“Macam soal kenaikan harga. Sebab itu waktu PRK kita tunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawa kami yang berada di Pulai akan tentang habis-habisan Anwar Ibrahim.. dan tidak akan memberi satu undi kepada pihak, parti yang menentang saudara (calon PN) Zulkifli Jaafar, boleh atau tidak?” kata Muhyiddin. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya