UMNO Jerantut yakin pengundi Felda Kemasul undi calon BN - Utusan Malaysia

UMNO Jerantut yakin pengundi Felda Kemasul undi calon BN

MOHAMAD Hasan (tengah) bertemu Rozilan Salleh (kiri) dan Razak Daud (kanan) di Felda Kemasul, Pelangai di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Setelah memasuki seminggu tempoh berkempen, UMNO Bahagian Jerantut yakin pengundi di Felda Kemasul akan mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Oktober ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Rozilan Salleh berkata, maklum balas pengundi di situ positif dan rata-rata mereka begitu menghargai kesungguhan kerajaan negeri membantu rakyat.

“Setakat ini, seminggu tempoh kempen berjalan lancar seperti mana dirancang tanpa sebarang masalah.

“UMNO Bahagian Jerantut mengambil pendekatan berkempen bersemuka secara terus kepada pengundi dari rumah ke rumah.

“Kita juga menjalankan ziarah kasih penduduk yang terlantar kerana sakit kronik dan sakit tua,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, UMNO bahagian itu bersama Maran diamanahkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri menjaga pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Kemasul.

Katanya, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang hadir ke Felda Kemasul turut menghargai penglibatan UMNO Jerantut yang menjadi bahagian angkat di tanah rancangan itu.

“Tok Mat mahu usaha menyantuni pengundi di Felda Kemasul terus dilipatgandakan sehingga hari menggundi pada 7 Oktober,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya