UMNO Jerantut dekati, santuni pengundi di Felda Kemasul - Utusan Malaysia

UMNO Jerantut dekati, santuni pengundi di Felda Kemasul

TIMBALAN Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Rozilan Salleh (berdiri, kanan) hadir program ziarah kasih di Felda Kemasul, Pelangai di Bentong, Pahang. Turut sama Razak Daud (berdiri, dua dari kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: UMNO Bahagian Jerantut mula berkampung di Felda Kemasul di sini dua minggu sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, di sini Sabtu lalu.

Ia membabitkan 45 orang jentera terdiri daripada kepimpinan tertinggi dan ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian berkenaan.

AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, jumlah jentera terbabit melibatkan 15 AJK bahagian, 10 AJK sayap wanita, 10 pemuda dan 10 orang pergerakan puteri.

Katanya, UMNO Bahagian Jerantut sudah menyusun pelbagai program di kawasan tanah rancangan tersebut melibatkan pelbagai peringkat usia penduduk setempat.

“Antaranya kita melakukan program ziarah kasih penduduk yang sakit dan dianggap memerlukan bantuan.

“Turut akan diadakan sukan rakyat serta Alam Cintai Rasul sempena hari Maulidur Rasul,” katanya.

Menurut, pihaknya akan terus mendekati dan menyantuni pengundi di Felda Kemasul bagi menjelaskan tentang isu-isu semasa yang berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya