Tiga maut bas ekspres terbabas, langgar pokok - Utusan Malaysia

Tiga maut bas ekspres terbabas, langgar pokok

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas dua tingkat yang terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Rusa, Merapoh di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Tiga lelaki termasuk seorang pemandu bas ekspres maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Rusa, Merapoh di sini menghala ke Kuala Lumpur.

Mangsa yang maut, pemandu bas, Ab. Aziz Daud, 56, dan dua penumpang, seorang anggota bomba, Mohd. Syukri Mat Noor, 55, dan seorang warganegara Bangladesh, Hossain Kamal, 41.

Difahamkan, bas ekspres dua tingkat, Lienadia Express itu dinaiki 18 penumpang dan dua pemandu.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.55 pagi berlaku ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Krai, Kelantan.

“Berdasarkan maklumat awal terdapat tiga lelaki dewasa meninggal dunia di tempat kejadian dan keadaan mangsa lain belum dipastikan.

“Mangsa yang meninggal dunia di hantar ke Hospital Lipis manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang dan Lipis,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa dihantar ke hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya