Tiga individu dipercayai sebuah keluarga maut kemalangan   - Utusan Malaysia

Tiga individu dipercayai sebuah keluarga maut kemalangan  

KEADAAN kereta yang dinaiki lima individu remuk selepas terlibat dalam kemalangan  di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, Kemaman, petang tadi. - UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tiga individu dipercayai sebuah keluarga, maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 154, Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Cheneh-Mak Lagam, dekat sini, petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, ke nderaan jenis Naza Citra yang dinaiki lima individu tersebut dirempuh dengan sebuah lori. 

“Seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala dua lagi mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman. 

“Kita sedang mengenal pasti kesemua identiti dan pertalian antara mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, petang ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan. 

“Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi dan kita menggunakan alat khas untuk memotong besi kenderaan. 

“Difahamkan, terdapat lima orang mangsa di dalam kenderaan tersebut dan ketika tiba, penumpang lain telah dibawa ke hospital, hanya seorang mangsa yang tersepit” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya