Tidak banyak jenama beras tempatan dijual

Tidak banyak jenama beras tempatan dijual

Bekalan beras tempatan semakin sukar diperolehi dalam pasaran sejak kebelakangan ini, -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kesukaran untuk mendapatkan beras tempatan yang harganya dikawal kerajaan di pasaran masih dirasakan dan tinjauan di beberapa pasar raya di daerah ini mendapati kebanyakan beras yang dijual adalah beras import sahaja.

Beras Super Special Tempatan (SST) yang dijual pula melibatkan kampit 10 kilogram (kg) dan lima kg dengan stok yang terhad dan dari jenama yang kurang dikenali.

Seorang pekerja sebuah pasar raya di Ampangan yang enggan dikenali memberitahu, kekurangan beras tempatan disebabkan stok belum tiba di pasar raya itu sejak beberapa hari lalu.

“Memang ada yang datang semalam bertanyakan tentang beras tempatan namun hanya terdapat satu jenama SST yang masih ada stok di sini.

“Untuk hari ini, kami masih belum menerima stok beras tempatan jenama yang lain di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Seorang pekerja sebuah pasar raya di Sikamat pula memberitahu, memang berlaku kekurangan bekalan untuk beras SST di pasar raya itu.

Jelasnya, banyak bekalan ketika ini adalah hanya beras putih import dan Super Special Import (SSI) serta beras import berkualiti yang lain.

“Apabila stok ada pula, tidak lama kemudian ia akan segera habis kerana dibeli orang ramai, kerana harganya yang lebih murah malah ada yang membeli dengan jumlah yang banyak,” katanya.

Sementara itu, di Rembau pula, tinjauan mendapati tidak sukar untuk pengguna mencari beras putih import, SSI dan beras berkualiti tinggi seperti beras wangi, perang dan basmati kerana ia masih banyak di rak jualan.

Bagi beras SST pula, stoknya dilihat sedikit termasuk hanya satu jenama tempatan yang dijual.

Sementara itu, seorang pemilik syarikat pembungkusan dan pengedaran beras, Datuk Mohd. Yusof Aziz turut mengakui pihaknya sudah sukar mendapatkan bekalan beras tempatan.

“Difahamkan kekurangan beras tempatan disebabkan banjir mengakibatkan 200,000 metrik tan beras tempatan tidak dapat dikeluarkan, kemudian pengilang beras membeli hasil dari petani dengan harga tinggi, tidak ikut harga ditetapkan,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya