KUALA TERENGGANU: Terengganu mengeluarkan jenama beras sendiri iaitu Beras Ganu bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini sejak Julai lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, setakat ini, sebanyak 60 tan metrik beras jenama tersebut berada dalam pasaran di negeri ini pada setiap bulan. Menurutnya, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd. (TADC) diberi tanggungjawab untuk menguruskan pembungkusan, pengedaran dan mempromosikan Beras Ganu MyGAP. Katanya, Beras Ganu yang dikeluarkan itu merupakan beras Super Special Tempatan (SST) berkualiti tinggi dari sawah padi tempatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya