Tempat duduk Amira Aisya sebaris ADUN PN - Puad - Utusan Malaysia

Tempat duduk Amira Aisya sebaris ADUN PN – Puad

Mohd. Puad Zarkashi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd. Aziz akan dipindahkan sebaris dengan ADUN Perikatan Nasional (PN).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kedudukan Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tersebut akan dibuat bermula Sidang DUN, Khamis ini.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil ekoran tindakan parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan baru-baru ini selain surat pemakluman oleh Ketua Pengimbang Johor, Andrew Chen Kah Eng.

“Berdasarkan kenyataan media dikeluarkan Presiden Muda (Syed Saddiq Syed Abd. Rahman) dan surat pemakluman oleh Ketua Pengimbang Johor, Andrew Chen Keh Eng (PH-Stulang), tempat duduk ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd. Aziz akan dipindahkan sebaris dengan blok pengimbang PN,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Puad memaklumkan, majlis angkat sumpah ADUN Simpang Jeram yang baharu, Nazri Abdul Rahman juga akan dadakan pada Khamis ini.

Dalam pada itu, Kah Eng berkata, tindakan mengeluarkan Muda daripada blok pengimbang di negeri ini adalah wajar setelah kedua-dua pihak tidak lagi sehaluan dalam beberapa perkara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya