Takaful IKHLAS bina telaga tiub RM180,500 di Politeknik Kota Bharu

Takaful IKHLAS bina telaga tiub RM180,500 di Politeknik Kota Bharu

RUDY Rodzila Che Lamin (dua dari kanan) melihat sistem telaga tiub pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub di Politeknik Kota Bharu (PKB), Kok Lanas, Kelantan.UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS) membina sebuah telaga tiub bernilai RM180,500 bagi membantu meningkatkan penyaluran sumber air bersih kepada penduduk di kawasan sekitar Politeknik Kota Bharu (PKB), di sini.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, projek yang bermula Januari tahun ini dan siap dibina sepenuhnya pada Mac lalu itu melibatkan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Yayasan Canselor dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.

Menurutnya, kerjasama itu merupakan sebahagian daripada program Perantaraan Berasaskan Nilai takaful dan program kelestarian masyarakat yang dapat memanfaatkan penduduk serta komuniti setempat.

“Di samping itu, program seperti ini juga dapat menggalakkan aktiviti penyelidikan dan kepakaran warga pendidik serta pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini. Sebelum projek ini dimulakan, kita laksanakan kerja-kerja penyelidikan geologi, geofizik dan sistem rawatan air.

“Kami berharap agar kerjasama yang dijalinkan dapat memberi impak yang positif dan dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub di PKB, Kok Lanas di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, FST UKM, Profesor Madya Profesional Geologist Dr. Mohd. Hariri Arifin berkata, telaga tiub ini dibina untuk kegunaan lebih 5,000 pengguna sehari dengan kedalaman 100 meter.

Katanya, air daripada telaga tiub lebih jernih dan tidak berbau kerana ia menggunakan sistem penapis mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya