Tabiat makan luar berdasarkan data sejak 20 tahun - Rafizi - Utusan Malaysia

Tabiat makan luar berdasarkan data sejak 20 tahun – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Rafizi Ramli mempertahankan kenyataan beliau berhubung pendapatan rakyat Malaysia banyak dihabiskan  kerana tabiat makan di luar  berlandaskan data yang diperoleh melalui kajian kerajaan sejak 20 tahun lalu dan perkara itu bukan direka.

Menurut Menteri Ekonomi itu, data yang diperoleh melalui tinjauan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah yang dijalankan setiap dua tahun mendapati tabiat membungkus makanan atau makan di restoran mahupun gerai menunjukkan peningkatan sejak tahun ke tahun.

“Pada masa sama kita juga telah melihat bagi tempoh 12 bulan kebelakangan ini perbelanjaan makan di luar serta membungkus makanan menjadi komponen utama kepada inflasi bulan ke bulan, jadi saya tidak mengada-adakan cerita.

“Jadi jika Khairy Jamaluddin tanya saya bahawa rakyat mahu mendengar penyelesaian saya ingin katakan apa yang saya katakan adalah berdasarkan dapatan situasi terkini,” katanya selepas hadir pada Majlis Pelancaran Dana Perintis, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan itu dalam sebuah temu ramah podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama Shahril Hamdan berhubung  kenyataan Rafizi berkenaan ketagihan rakyat Malaysia kepada makan di luar sebagai punca pendapatan mereka rendah sebagai  tidak diperlukan.

Sebaliknya Khairy  menekankan rakyat lebih berhasrat untuk mendengar penyelesaian daripada para menteri seperti Rafizi sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Sebelum ini, Rafizi berkata, tabiat ketagih untuk makan di luar membuatkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.

Rafizi berkata, akibat daripada amalan tidak sihat itu juga menyebabkan mereka mengalami penyusutan pendapatan dan menjadi lebih sensitif terhadap inflasi yang mendadak pada harga makanan yang dimasak, walaupun ketika inflasi utama telah menurun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN