Suspek tumbuk penjawat awam hingga mati direman seminggu

Suspek tumbuk penjawat awam hingga mati direman seminggu

SUSPEK yang memakai baju lokap dibawa oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang lelaki ditahan reman selama seminggu bermula hari ini selepas disyaki menyebabkan kematian penjawat awam dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang hadapan Hospital Machang dekat sini semalam.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias bagi membolehkan siasatan terhadap suspek berusia 46 itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu suspek yang memakai pelitup muka dan baju lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9 pagi dengan kenderaan polis.

Utusan Online semalam melaporkan, suspek yang bertumbuk sehingga menyebabkan kematian seorang penjawat awam yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya dicekup ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Machang di sini hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 46 tahun itu hadir ke IPD Machang untuk buat laporan polis sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian berlaku di sebuah kedai makan Jalan Lama Pasir Putih-Machang depan Hospital Machang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi tadi selepas suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi semalam, suspek  bertumbuk dengan penjawat awam berusia 51 tahun menyebabkan pendarahan serius pada bahagian muka, parah pada kedua-dua belah mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri.

Mangsa kemudian meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Machang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya