Suhaizan semakin selesa di Parlimen Pulai - Utusan Malaysia

Suhaizan semakin selesa di Parlimen Pulai

BEG berisi peti undi yang dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi PRK Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului dengan selesa kiraan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dengan 21,200 undi hingga pukul 9 malam ini

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu mendahului dengan 7,330 undi, meninggalkan pencabarnya, Zulkifli Jaafar yang mewakili Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 13,984 undi dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi dengan 235 undi.

Setakat ini, sebanyak 149 daripada 298 peti undi yang telah diterima di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.

Parlimen Pulai menyaksikan seramai 166,653 pengundi terdiri daripada 44.17 peratus kaum Melayu, Cina (40.47%), India (12.30%) dan Lain-lain (30.5%).

PRK Parlimen Pulai diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November tahun lalu, Salahuddin mempertahankan

 kerusi Parlimen Pulai selepas memperoleh 64,900 undi dengan majoriti 33,174 undi menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 31,726 undi, manakala calon PN, Loh Kah Yong meraih 20,677 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya