Suami isteri antara 17 ditahan disyaki edar dadah - Utusan Malaysia

Suami isteri antara 17 ditahan disyaki edar dadah

KAMARUL ZAMAN MAMAT (dua ari kanan) antara dadah bernilai RM1.64 juta yang dirampas pihaknya dalam operasi di Johor Bahru dan Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri antara 17 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dipercayai aktif beroperasi sejak Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki tempatan, tiga wanita tempatan dan dua wanita warganegara asing dalam lima serbuan berasingan yang di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri antara pukul 3 petang Jumaat lalu hingga pukul 9 pagi semalam.

“Serbuan dijalankan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor. Kesemua suspek ditahan bersama sejumlah dadah bernilai lebih RM1.64 juta yang diperoleh dari luar negara.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan rumah sewa, khususnya di kawasan kediaman berpagar dan berpengawal sebagai stor simpanan dadah dan pusat pembungkusan sebelum dadah tersebut diedar ke pasaran tempatan,” katanya dalam sidang akhba di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dadah yang dirampas termasuk 14.85 liter cecair ekstasi, 21.66 kilogram serbuk ekstasi, 598 gram ketamin; 102 gram pil erimin 5 dan 10 biji pil ekstasi.

“Sekiranya berada dalam pasaran, dadah itu boleh digunakan seramai 124,925 penagih. Sindiket ini turut menyasarkan jualan di pusat-pusat hiburan di sekitar bandar raya ini. Mereka akan membungkus semula dadah ke dalam pembungkusan pelbagai jenis minuman untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Selain dadah, polis turut menyita tujuh buah kenderaan, barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM26,450 dan wang tunai SG$12,250 (RM44,568.52).

“Semua barangan yang disita bernilai lebih RM1 juta, manakala nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bagi operasi ini lebih RM2.64 juta. Hasil ujian urin turut mendapati 10 daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine, manakala hasil semakan rekod mendapati sembilan daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 55 tahun itu direman lima hari bermula semalam hingga Khamis depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya