SPICES RM2.4 juta jadi pusat ikonik PPSP USM

SPICES RM2.4 juta jadi pusat ikonik PPSP USM

DR. Abdul Rahman melakukan proses biopsi tisu atau pengambilan tisu pesakit daripada model tulang paha hasil percetakan tiga dimensi sebagai gimik perasmian SPICES di USM Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) yang bernilai RM2.4 juta menjadi pusat ikonik untuk Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) menggabungkan idea sains, seni dan dilengkapi inovasi teknologi bertaraf dunia.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Ir Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, galeri perubatan pertama di Malaysia itu mengandungi lebih 200 organ patologi mengikut sistem badan manusia dilengkapi kod QR, panel interaktif, sistem audio, realiti maya (VR), realiti perantara (AR) dan pemetaan tiga dimensi.

“Usaha pembinaan galeri mengambil masa lebih tiga tahun bermula ketika negara dilanda pandemik Covid-19 manakala usaha pengumpulan organ mengambil masa 40 tahun, iaitu sejak awal penubuhan Hospital USM (Hospital USM) Kubang Kerian pada tahun 1984.

“Galeri ini akan menjadi sesuatu yang sangat berharga kepada pelajar dan ia juga dibuka kepada orang awam sekali gus dapat memberi manfaat kepada mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian SPICES di USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, di sini hari ini.

Dr. Abdul Rahman memberitahu, daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.6 juta digunakan untuk reka bentuk dan pembinaan galeri.

Katanya, RM800,000 lagi digunakan untuk menyediakan perabot dan semua peralatan yang diperlukan. Spesimen di dalam galeri juga bertukar-tukar mengikut tema pengajian dan perkembangan semasa.

“Untuk pelajar-pelajar pula kita boleh bawa mereka ke tempat sepatutnya bersesuaian dengan pembelajaran dan kajian yang dijalankan. Jadi pelajar boleh datang pada bila-bila masa dan menjalankan perbincangan di galeri ini

“Melalui sistem interaktif yang disediakan di galeri berkenaan, pelajar-pelajar juga menjalani kaedah pembelajaran kendiri. Pada masa sama, sistem kod QR, palajar boleh mendapatkan maklumat-maklumat diperlukan mengenai spesimen atau organ yang dikaji,” ujarnya.

Dr. Abdul Rahman berkata, selain itu pelajar boleh mengakses maklumat-maklumat diperlukan di mana-mana sahaja dengan mengunjungi laman sesawang https://spices.kk.usm.my.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN