Semua balai bomba di N. Sembilan pantau situasi banjir - Utusan Malaysia

Semua balai bomba di N. Sembilan pantau situasi banjir

SEORANG anggota bomba melakukan pemantauan tahap paras air sungai di Pantai, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah mengarahkan semua balai bomba di negeri ini untuk melakukan pemantauan 24 jam situasi banjir di negeri ini yang juga sebagai langkah menghadapi fasa peralihan monsun yang telah bermula.

Pengarahnya, Abdul Khair Osman berkata, selain itu, seramai 1,221 orang anggota bomba di negeri ini juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ekoran hujan lebat yang sering melanda ketika ini.

“Kesemua 20 buah balai bomba di seluruh negeri ini akan melaksanakan pemantauan banjir 24 jam susulan hujan lebat yang sering berlaku ketika ini.

“Seramai 1,221  orang anggota bomba termasuk 350 bomba sukarela juga akan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khair turut menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berwaspada dengan maklumat terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Penduduk perlu berpindah segera sekiranya air sungai mula melimpah terutamanya kediaman yang terletak berhampiran sungai.

“Mereka juga tidak digalakkan bermandi-manda di kawasan air terjun terutamanya semasa dan selepas hujan serta mengehadkan aktiviti menjaring ikan di kawasan berisiko,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu memberitahu, terdapat sebanyak 17 lokasi berisiko insiden kepala air yang dikenal pasti di negeri ini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya