JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 2,910,200 batang rokok putih pelbagai jenama dalam dua serbuan berasingan di Johor, Pahang dan Terengganu. Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, nilai rampasan termasuk duti dan cukai berjumlah RM3.9 juta. Katanya, dalam serbuan pertama, anggota kastam negeri ini menahan sebuah lori perdagangan di Cawangan Eksport, Bangunan Sultan Iskandar di sini pada 6 September lalu. “Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan dan hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan sejumlah 830,000 batang rokok putih yang dipercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya