Sekumpulan lelaki selamatkan wanita terjun jambatan

Sekumpulan lelaki selamatkan wanita terjun jambatan

MANGSA (duduk) selepas berjaya diselamatkan oleh sekumpulan lelaki selepas bertindak terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan hari ini-IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan pantas sekumpulan lelaki berjaya menyelamat seorang wanita daripada lemas selepas terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini.

Difahamkan, wanita itu bertindak demikian selepas dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan.

Seorang pemilik jeti di Sungai Kelantan, Muhamad Juhari Nayan, 52, berkata, dia berada di kawasan jeti di tebing sungai tersebut bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 9 pagi.

Menurutnya, semasa sedang berbual-bual, dia menerima panggilan telefon daripada seorang rakannya memaklumkan seorang wanita lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra.

“Saya terus menghidupkan enjin bot dan menghala ke lokasi wanita itu yang kelihatan sudah lemas kira-kira 100 meter dari jeti.

“Apabila bot menghampiri mangsa, rakan saya melemparkan pelampung ke arahnya yang ketika itu terkapai-kapai di dalam sungai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhamad Juhari memberitahu, dia dapat mencapai tangan wanita itu sebelum dibawa naik ke dalam bot dan terus ke jeti.

Katanya, dia dan rakannya kemudian menenangkan mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya