Sedia pelan alternatif, tambahan 500 meter landasan kapal terbang Pulau Tioman - Utusan Malaysia

Sedia pelan alternatif, tambahan 500 meter landasan kapal terbang Pulau Tioman

SIDANG Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri menyediakan pelan alternatif dengan memanjangkan landasan kapal terbang sedia ada di Pulau Tioman sepanjang 500 meter daripada landasan sedia ada 850 meter.

Pelan alternatif itu adalah sebagai langkah keprihatinan kerajaan negeri terhadap bantahan penduduk ke atas pelan asal cadangan Projek Lapangan Terbang Pulau Tioman.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelan asal cadangan projek Lapangan Terbang Pulau Tioman mendapat bantahan penduduk tempatan kerana dibimbangi merosakkan alam sekitar kerana terpaksa membuat penambakkan.

“Jadi sebagai alternatif kerajaan negeri bercadang dan bersetuju untuk menambahkan laluan yang sedia ada sepanjang 500 meter menjadikan ianya sepanjang 1.3 kilometer.

“Kita pun sudah kenalpasti tanah-tanah yang diperlukan dan mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah. Itu adalah alternatif sekiranya cadangan yang asal tidak dapat dilaksanakan.

“Sebab kita sebagai kerajaan kita sangat prihatin dengan kehendak rakyat setempat dan kalau sekiranya ianya menimbulkan masalah, dan boleh merugikan kerajaan, kita tidak akan laksanakan,” katanya menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan kerajaan bersetuju untuk tidak meneruskan pembinaan lapangan terbang antarabangsa Tioman baharu yang melibatkan 76 peratus kawasan tambakan laut.

Kata Nik Nazmi, keputusan itu diambil disebabkan pembinaan lapangan terbang terbabit tidak selari dengan misi kementerian apabila ia melibatkan tambakan di Pulau Tioman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya