Sambut Hari Malaysia dengan kayuh basikal klasik - Utusan Malaysia

Sambut Hari Malaysia dengan kayuh basikal klasik

PEMILIK dan peminat basikal klasik atau basikal tua menyertai aktiviti kayuhan basikal tersebut dari Ampangan ke Pantai, Seremban yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lebih 50 orang pemilik dan peminat basikal klasik menyertai aktiviti kayuhan basikal tersebut sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Basikal Tuo Soghomban (KBTS) itu diadakan dari Ampangan hingga Pantai di sini yang melibatkan kayuhan basikal sejauh kira-kira 18 kilometer.

Pengerusi KBTS, Mohd. Ariff Bidin berkata, program tersebut merupakan aktiviti tahunan kelab berkenaan setiap kali tiba Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Selain ahli kelab kami turut terlibat sama beberapa peminat basikal klasik dari daerah lain serta dari beberapa negeri lain seperti Melaka, Johor dan Selangor.

“Sepanjang perjalanan ke Kampung Pantai kami akan singgah di beberapa lokasi menarik seperti Nabila Agrofarm dan Surau Dato Laksamana Haji Ahmad atau Surau Putih yang terletak di Kampung Kuala Jerlang,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Mohd. Ariff memberitahu, sejak ditubuhkan empat tahun lalu ahli kelab semakin bertambah dan mula mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Bermula hanya sebagai hobi kami kini turut dipanggil oleh kerajaan negeri untuk turut sama menyertai aktiviti perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan serta sambutan Maulidur Rasul,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya