Saman fitnah ke atas Kit Siang, keputusan rayuan Apandi 10 Okt. - Utusan Malaysia

Saman fitnah ke atas Kit Siang, keputusan rayuan Apandi 10 Okt.

1MDB Najib Jho Low
MOHAMED APANDI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Oktober ini untuk keputusan rayuan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung kes saman fitnah terhadap Penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail  bersidang bersama Datuk Gunalan Muniandy dan Hakim Datuk Azmi Ariffin selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat hari ini.

Pada prosiding hari ini, Mohamed Apandi diwakili peguam Rueben Mathiavaranam manakala Kit Siang diwakili peguam Sangeet Kaur Deo.

Mohamed Apandi memfailkan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak samannya terhadap Penasihat DAP itu berhubung artikel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 11 November 2016, Hakim Hanipah menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Semakan kehakiman itu bagi mencabar keputusan Mohamed Apandi bahawa tiada kesalahan dibuat Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion, pemindahan dana daripada SRC International ke dalam akaun bank peribadi miliknya dan peruntukan pinjaman oleh dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International.

Hakim itu  turut menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Badan Peguam Malaysia dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berhubung isu serupa.

Pada 23 Mei 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azimah Omar menolak saman Mohamed Apandi atas alasan Kit Siang sebagai defendan mempunyai justifikasi dalam membangkitkan isu 1MDB menerusi artikel itu kerana skandal 1MDB membabitkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial dan ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.

Beliau juga memerintahkan Mohamed Apandi membayar kos RM80,000 kepada Kit Siang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN