RMK12: Kerajaan sasar  pertumbuhan ekonomi 5% setahun - Utusan Malaysia

RMK12: Kerajaan sasar  pertumbuhan ekonomi 5% setahun

Malaysia sasar pertumbuhan ekonomi negara 5 peratus setahun. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan  menyasarkan lonjakan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 5 peratus setahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan memberikan tumpuan kepada dua perkara pokok.

Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara pertama adalah memperkukuh produktiviti dengan menyegerakan peralihan kepada industri yang bernilai tinggi dan menerima guna teknologi termaju serta mempertingkat bakat berkemahiran. 

Menurut beliau, di samping itu kerajaan akan terus bekerjasama dengan sektor swasta dan ahli akademik bagi menambah baik aspek produktiviti negara. 

“Produktiviti Pelbagai Faktor (MFP) secara purata dijangka menyumbang sebanyak 42.8 peratus kepada pertumbuhan KDNK dengan produktiviti buruh dijangka mencatatkan pertumbuhan 3.8 peratus setahun,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kata Anwar, perkara kedua adalah kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama para pelabur dengan memperkukuh daya saing. 

Beliau  berkata, langkah utama adalah meningkatkan persekitaran perniagaan menerusi penambahbaikan peraturan perniagaan termasuk melalui unit MyMudah.

“Langkah ini secara langsung akan merancakkan pelaburan langsung domestik (DDI) yang secara bersinergi akan menarik lebih banyak FDI. Pelaburan swasta disasarkan berkembang sebanyak 6.4 peratus setahun atau purata RM300 bilion setahun dalam tempoh akhir RMK12,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya