Richiamo Mart sayap perniagaan baharu Richiamo Coffee - Utusan Malaysia

Richiamo Mart sayap perniagaan baharu Richiamo Coffee

MUHAMMAD Zamry Abu Samah sewaktu berucap pada majlis Malam Anugerah Richiamo 2023 di Port Dickson malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Rangkaian kedai kopi premium, Richiamo Coffee akan memperkenalkan sayap perniagaan baharu mereka iaitu Richiamo Mart yang dijangka dibuka dalam masa terdekat. 

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah, perniagaan berkonsepkan kedai serbaneka itu dijangka bermula dengan dua buah cawangan di ibu negara.

Beberapa pemilik Richiamo Coffee sudah menunjukkan minat dan ada yang dalam perancangan untuk membuka Richiamo Mart yang sama konsepnya seperti kedai serbaneka lain seperti Family Mart dan CU. 

“Insya-Allah kami akan buka di stesen Transit Aliran Massa (MRT), Pasar Seni dan MRT Istana Budaya yang dijangka pada hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Malam Anugerah Richiamo 2023 di sini malam ini.

Jelas Muhammad Zamry lagi, pihaknya turut menyasarkan untuk membuka kedai serbaneka tersebut di kawasan kediaman berkonsepkan kondominium. 

“Setiap lokasi penempatan kediaman baharu akan membuka peluang baharu bagi kedai serbaneka seperti ini. Kami menjangkakan 20 buah cawangan Richiamo Mart akan dibuka di sekitar Lembah Klang menjelang awal tahun depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sehingga hari ini, terdapat 150 buah cawangan Richiamo Coffee yang sudah beroperasi di seluruh Malaysia. 

“Kami menjangkakan ada pertambahan 30 cawangan lagi dan sasaran kami pada hujung tahun ini, sebanyak 200 cawangan Richiamo Coffee akan beroperasi di seluruh negara,” katanya yang memberitahu Richiamo Coffee turut mempunyai cawangan di Siem Reap, Kemboja.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya