Remaja 15 tahun maut tercampak dari motosikal

Remaja 15 tahun maut tercampak dari motosikal

KEADAAN motosikal yang ditunggangi mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan semalam.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 15 tahun maut apabila tercampak dari motosikal yang ditungganginya selepas bergesel dengan kenderaan sama sebelum melanggar sebuah kereta di laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Salor Baru di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu remaja berkenaan maut di lokasi selepas dipercayai mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian remaja berkenaan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 dari arah Pasir Mas menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, setiba dilokasi motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lagi motosikal sehingga meluncur masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sisi hadapan sebelah kanan sebuah kereta dipandu lelaki berusia 66 tahun.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa telah terjatuh di atas jalan dan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Penunggang motosikal yang bergesel dengan mangsa dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian dan melarikan diri. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat dan melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu Inspektor Adilla Morni Ahmad Mahmud di talian 09-7752355.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya