Saya bukan orang jahat, tanya empat soalan sahaja – Sanusi

Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan sahaja – Sanusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor mengangkat sumpah jawatan ADUN sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan kenyataannya mengenai siasatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Sik, pada minggu lepas.

 Menteri Besar Kedah itu berkata, proses tersebut  lancar dengan kehadiran pegawai SPRM ke pejabatnya yang bertanyakan empat soalan.

 “Mereka hanya tanya empat soalan, itu sahaja. Saya bukan orang jahat nak tanya banyak-banyak, saya ini dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun padan dah.

 “Selesai sudah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 dan Majlis Angkat Sumpah Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

 Akhbar ini baru-baru ini melaporkan SPRM mengambil keterangan Menteri Besar itu di pejabatnya pada 17 September lepas bagi membantu siasatan kes kecurian REE di Sik.

 Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu siasatan kes itu berada di peringkat akhir namun perlu melihat kepada beberapa perkara dalam konteks undang-undang.

SPEKULASI

 Mengenai keterangannya,  Sanusi bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci bagi mengelak sebarang spekulasi.

“Tidak payahlah habaq nanti macam-macam pula spekulasi kan? Ya! Saya telah bertemu dengan pegawai SPRM dan beri kenyataan saya, mereka tanya empat soalan. Itu saja. Tak ada serahan dokumen apa, tak ada apa, bagi keterangan biasa,” katanya.

  Sanusi pada masa  sama menasihatkan orang ramai agar tidak mencuri  REE kerana mineral itu bukan daripada jenis yang mudah diproses seperti emas dan bijih timah. 

 “Nak ambil REE ini bukan mudah kerana ia perlu ada teknologi dan melalui banyak proses. Dia bukan macam bijih timah, emas, dulang-dulang nampak emas kan. Dia macam-macam proses tujuh lapan peringkat, tidak mudahlah untuk pihak-pihak yang tak ada teknologi untuk menghasilkan REE bukan senang.

 “Ada dua negara saja ada kemahiran iaitu, China dan Amerika Syarikat dan kedua-dua teknologi itu tidak dipindahkan. Itulah kita sedang ‘bargain’ supaya teknologi itu bawa ke sini dibuka kilang di sini. Kalau pakai korek, tanah apa semua nak dulang nak ayak, nak cucuh sendiri. Boleh jadi REE takkan jadi. Sebab dia ada proses ‘chemical’ yang panjang. Tiap-tiap elemen tu kena melalui satu proses , jadi tidak mudah,” katanya. 

 Semalam Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan sembilan individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Baling atas tuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu, disyaki menjalankan penerokaan REE.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya