Rasuah kerja pengurusan mayat: Dua lagi staf perubatan awam direman - Utusan Malaysia

Rasuah kerja pengurusan mayat: Dua lagi staf perubatan awam direman

Sebanyak 3,627 tangkapan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan pelbagai kesalahan dalam tempoh 2020 sehingga Ogos lalu. - UTUSAN/SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua orang lagi kakitangan perubatan awam direman selepas mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan petang semalam berkaitan kes menerima rasuah sebagai balasan menawarkan kerja-kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.

Kedua-dua mereka ditahan susulan penahanan empat kakitangan hospital berkenaan pada Isnin lalu berkaitan kes yang sama.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia 30-an dan 40- tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa, Zainab Yahya

Sementara itu, menurut sumber, kedua-duanya ditahan kira-kira pukul 2.30 petang semalam di pejabat SPRM Negeri Sembilan selepas dipercayai menerima wang rasuah daripada dua buah syarikat yang sama di antara tahun 2021 dan 2022 yang melibatkan kira-kira 12 transaksi bank berjumlah RM3,500.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pada Isnin lalu, SPRM menahan empat kakitangan perubatan awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100 hingga RM600 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM11,000 daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat di antara tahun 2022 hingga 2023.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN