Politeknik, kolej komuniti siap sedia berdepan teknologi EV, digital

Politeknik, kolej komuniti siap sedia berdepan teknologi EV, digital

ZAINAB Othman (dua dari kanan) menyerahkan skrol diploma kepada seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sudah bersedia untuk mendepani cabaran transformasi digital menuju Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) termasuk pembangunan teknologi kenderaan elektrik (EV).

Pengarah Kanan (Kompetensi) Zainab Othman berkata, pihaknya sudah menerima peruntukan hampir RM3 juta daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi memastikan pelajar dan tenaga pengajar diberikan latihan sepenuhnya menuju IR 4.0.

“Kita menyediakan perancangan terperinci untuk memberi latihan dalam IR 4.0. Selain itu, kita turut memberikan peruntukan melalui bahagian biasiswa dan juga Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) untuk memberikan latihan pensijilan antarabangsa.

“JPPPKK turut menyediakan peruntukan untuk belanja mengurus bagi institusi-institusi terlibat bagi memastikan bukan hanya pelajar dan tenaga pengajar, malah kelengkapan kita juga setara dengan keperluan ke arah itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke-36, di sini hari ini.

Zainab memberitahu, dalam pembangunan teknologi EV, latihan berkaitan telah disediakan, malah telah ada sebuah kolej komuniti yang memberi fokus kepada teknologi EV dan beberapa industri telah dipanggil untuk membantu.

Katanya, dengan sokongan industri JPPKK turut bercadang untuk menubuhkan beberapa kolej teknik untuk menerajui teknologi EV di negara ini. 

“Pelan sebenarnya adalah menubuhkannya dalam bentuk zon kerana kita tidak akan mampu melaksanakannya di setiap negeri. Jadi akan ada satu kolej di zon Pantai Timur, utara, tengah, selatan dan Borneo. 

“Bukan mudah untuk beralih ke teknologi EV tetapi kita perlu berubah dan tidak lagi bergantung kepada teknologi lama. Jadi semua tenaga pengajar kita perlu bersedia sekiranya terpilih untuk dihantar menjalani latihan,” ujarnya.

Zainab berkata, perkembangan teknologi EV bergerak sangat pantas dan semua pihak terlibat termasuk politeknik dan kolej komuniti tidak boleh menunggu kerana usaha ke arah itu perlu bermula sekarang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya