Polis seru rakyat Kelantan tidak sertai himpunan Selamatkan Malaysia

Polis seru rakyat Kelantan tidak sertai himpunan Selamatkan Malaysia

MUHAMAD Zaki Harun (kiri) menunjukkan kemahiran menembak sebagai gimik Perasmian Majlis Penutup Kursus Tempur Jarak Dekat di Lapang Sasar Bukit Pak Junoh, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Polis Kelantan menyeru rakyat negeri ini supaya tidak melibatkan diri dengan menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sekiranya ada yang berniat untuk berbuat demikian beliau meminta supaya membatalkannya.

“Rakyat Kelantan cukup matang dalam berpolitik sebagaimana yang ditunjukkan semasa Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri lalu, melihat kepada perkara itu saya yakin mereka tidak akan terlibat dalam perhimpunan nanti.

“Kadang-kadang kita tidak perlu membuat perkara untuk menunjukkan sesuatu…namun mungkin apa yang dilakukan itu akan menyusahkan polis serta memberi masalah kepada orang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Tempur Jarak Dekat (C.Q.B) Siri 1/2023 Kontinjen Kelantan di Lapang Sasar Bukit Pak Junoh, di sini, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan menggerakkan himpunan aman pada 16 September depan di hadapan kompleks beli-belah Sogo bagi memulakan kempen Selamatkan Malaysia susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai permulaan sebelum menggerakkan satu kempen jelajah Selamatkan Malaysia ke seluruh negara.

Beliau berkata, terdapat dua isu akan difokuskan oleh pihaknya iaitu pelepasan tanpa bebas terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan 47 kes rasuah dan pengubahan wang harap serta isu badan kehakiman dan sistem perundangan negara yang disifatkan sebagai kian meruncing.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya