Pikap Thailand tukar nombor plat untuk seludup minyak

Pikap Thailand tukar nombor plat untuk seludup minyak

TRAK pikap yang dirampas dalam serbuan di Kampung Tasik Cina, Taman Sri Rantau, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Taktik licik seorang lelaki warga asing menukar nombor plat pendaftaran Thailand ke tempatan pada trak pikapnya untuk tujuan penyeludupan bahan api ke negara jiran terbongkar selepas dicekup anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semalam.

Trak pikap itu di tahan dalam serbuan di Kampung Tasik Cina, Taman Sri Rantau dekat sini pada pukul 7.30 malam.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan menjumpai 175 liter minyak diesel di dalam kenderaan bernombor plat

Menurutnya, selain itu KPDN turut menemui pelbagai nombor plat tempatan dan asing yang dipercayai digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa semasa melakukan kegiatan haram tersebut.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan taktik tersebut bagi mengelirukan pihak kami. Suspek berusia 40-an itu telah ditahan bagi membantu siasatan. 

“Kes siasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, mengikut maklumat awam suspek telah membuat pembelian pengisian bahan bakar itu di stesen-stesen minyak sekitar Kota Bharu-Rantau Panjang sebelum dicekup.

Katanya, KPDN Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat melakukan aktiviti penyeludupan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya