Piala Cabaran: Kelantan United belasah Kelantan FC 7-0

Piala Cabaran: Kelantan United belasah Kelantan FC 7-0

KELANTAN FC kekal sebagai pasukan 'belasahan' dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas dimalukan 0-7 oleh Kelantan United pada aksi suku akhir pertama Piala Cabaran 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC kekal sebagai pasukan ‘belasahan’ dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila dimalukan tanpa belas 0-7 oleh seteru setempat Kelantan United pada aksi suku akhir pertama Piala Cabaran 2023 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan Kelantan United membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik kedua pada 4 Oktober ini.

Turun selaku tuan rumah, Kelantan United terlebih dulu mencetak jaringan pertama seawal minit kelapan menerusi Dominik Balic yang berjaya mengukum kealpaan benteng pertahanan pasukan pelawat.

Bekas penyerang Kelantan FC Ismaheel Akinade menambah derita The Red Warriors (TRW) dengan meledakan jaringan kedua pada minit ke-19 menerusi tandukan kencang hasil sepakan sudut yang diambil ketua pasukan Kelatan United Indra Putra Mahayuddin.

 

Tersentak dengan jaringan itu, skuad kendalian Alfredo Silva cuba bangkit namun usaha mereka mudah dipatahkan oleh barisan pertahan Sang Kijang Hijau menyaksikan kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Langkah TRW di babak kedua terus ‘sumbang’ selepas penjaga gol, Muhammad Irfan Haikal Mohd. Iffendi dilayangkan kad merah pada minit ke-55 apabila mengasari Akinade semasa meluru keluar untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus dirobek pihak lawan.

Empat minit berselang, Indra Putra membuktikan penyudahnya masih lagi berbisa apabila menambah derita Kelantan FC menerusi gol ketiga hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti tepat menuju ke sebelah kiri gawang TRW.

Minit ke-74, giliran pemain lincah Kelantan United Mohd. Faiz Mohd. Nasir untuk menghukum kerapuhan benteng TRW dengan jaringan keempat tuan rumah.

S. Sharvin meletakan namanya sebagai menjaring gol kelima Sang Kijang Hijau selepas berjaya melepasi pertahanan pelawat serta bijak memperdaya penjaga gol gantian TRW, Mohd. Afif Fakhri Norizan pada minit ke-79.

Dua jaringan pantas Royyizat Daud pada minit ke-88 dan 89 mengesahkan status Kelantan FC sebagai pasukan belasahan sekali gus menutup keputusan pada malam ini dengan kemenangan 7-0.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya