PGA tambah kekuatan dron perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan

PGA tambah kekuatan dron perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan

SHEIK Azahar Sheik Omar (duduk kanan) bermah mesra dengan pesara yang menerima bantuan kerusi roda di Markas Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) akan menambah kekuatan penggunaan dron bagi mengukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dalam usaha membendung aktiviti penyeludupan.

Komandernya Senior Asisten Komisioner Sheik Azahar Sheik Omar berkata, penggunaan dron itu memudahkan pihaknya membuat pemantauan dari udara di semua kawasan sempadan negara bagi memastikan ia sentiasa berada pada tahap terbaik termasukan sepanjang musim tengkujuh tahun ini.

Menurutnya, selain itu kawalan sempadan turut diperkukuhkan dengan kehadiran Unit Khas PGA iaitu ‘Tiger Platun’.

“Selain barangan kontraban dan lain-lain, penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) turut diberikan perhatian oleh Briged Tenggara yang terdiri dari Batalion 7 PGA Kuantan, Batalion 8 (Pengkalan Chepa) dan Batalion 9 (Kuala Terengganu).

“Tahap kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sentiasa kita perketatkan menerusi rondaan rutin yang dilakukan sepanjang masa. Kami tidak menolak kemungkinan, PATI yang lolos masuk ke negara ini menggunakan lorong tikus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Pesara Pesara Pasukan Polis Hutan (PPH), PGA, VAT69 dan Senoi Praaq di Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Sheik Azhar memberitahu, sebanyak 16 buah pos statik yang terdapat disepanjang kawasan Op Wawasan Kelantan dalam proses membaik pulih.

Katanya, kerja-kerja itu melibatkan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM2 juta.

“Proses pembaikan itu sudah bermula awal bulan ini secara berperingkat dan kita harap ia mampu memberikan keselesaan kepada anggota bertugas,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya