Penyeludup diesel lari sejauh 500 meter sebelum diberkas

Penyeludup diesel lari sejauh 500 meter sebelum diberkas

MPV yang membawa minyak diesel untuk diseludup ke negara jiran berjaya ditahan di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan.-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Cubaan seorang penyeludup minyak diesel melarikan diri sejauh 500 meter gagal selepas ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Kelantan di Kampung Kandis, Telong di sini semalam.

Penahan lelaki berusia 26 tahun menerusi Op Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Pasir Putih-Bachok itu membawa kepada rampasan 1,250 liter minyak diesel.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, sebelum itu sepasukan anggota yang melakukan rondaan telah mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Kota Bharu pada pukul 7 malam.

Menurutnya, hasil pemerhatian yang dilakukan mendapati MPV tersebut melalukan pembelian minyak diesel secara berulang di beberapa stesen minyak.

“Anggota bertugas kemudian telah bertindak mengekori suspek dan sebaik menyedari kehadiran pihak kami lelaki berkenaan terus bertindak memecut MPV itu menghala ke Tumpat melalui jalan utama Semerak-Melawi-Kandis.

“Selepas dikejar sejauh 10 kilometer, suspek bertindak luar jangka dengan menghentikan MPV secara mengejut dan terus melarikan diri sejuah 500 meter,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azman memberitahu, usaha suspek menemui jalan buntu apabila dia berjaya ditahan oleh anggota bertugas.

Katanya, pemeriksaan yang dijalan ke atas MPV itu membawa kepada penemuan 1,250 liter diesel dianggarkan bernilai RM2,687.50.

“KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan dalam Ops Tiris bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini dari masa ke semasa.

“Tindakan tegas diambil bagi membendung kegiatan aktiviti tidak bermoral ini supaya pengguna dapat menikmati sepenuhnya subsidi kerajaan, seterusnya saspek akan dikenakan denda yang tinggi serta dipertuduhkan di mahkamah selanjutnya,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya