Pengusaha aktiviti pantai perlu tingkat ilmu pertolongan cemas - Utusan Malaysia

Pengusaha aktiviti pantai perlu tingkat ilmu pertolongan cemas

SEBAHAGIAN peserta program Ocean Ranger yang diadakan di sebuah hotel di Seremban baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Golongan pengusaha aktiviti rekreasi dan sukan air di pantai perlu mempunyai dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam aspek pertolongan cemas dan penyelamatan pantai.

Pengarah Projek Ocean Ranger, Megat Samsul Kamal Mohamad Zamberi berkata, sebagai individu yang sentiasa berada di kawasan pantai, penting buat mereka sekurang-kurangnya untuk mempunyai kemahiran asas menyelamat tersebut .

Jelas beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Jalinan Jiwa Insan Malaysia (Perjjim), ia sebagai persediaan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan di tempat riadah dan pantai termasuk di Port Dickson yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

“Program Ocean Ranger dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertolongan cemas penyelamatan pantai dan jika berlaku kejadian kemalangan dan kecemasan, ia boleh dipraktikkan bagi membantu mangsa,” katanya.

Menurutnya, program sulung Ocean Ranger telah diadakan baru-baru ini di sebuah hotel di daerah ini yang melibatkan peserta antaranya terdiri daripada pengusaha aktiviti pantai di Port Dickson, pelajar universiti dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Kursus ini merangkumi konsep dan kemahiran asas renang serta menyelamat dan sampaikan dalam kaedah yang lebih mudah untuk difahami supaya dapat diadaptasikan dengan lebih kemas dan selamat untuk dipraktikkan.

“Modul latihan juga disesuaikan untuk melatih rata-rata pekerja atau pengendali sukan air di pantai atau orang awam untuk menjadi pembantu pertolongan cemas yang berkelayakan jika berlaku sebarang kecemasan semasa aktiviti pantai yang dianjurkan mana-mana organisasi atau semasa kehadiran pengunjung yang membanjiri pantai Port Dickson,” jelas Megat Samsul Kamal lagi.

Menurut beliau lagi, kursus berkenaan diadakan secara percuma yang turut bertujuan memilih peserta terbaik untuk ke peringkat yang lebih intensif. –UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya